MyCIEDS adalah singkatan kepada Sistem Dokumen Sokongan Import Eksport Jabatan Kastam yang berfungsi sebagai sistem sokongan bagi proses taksiran Import Eksport di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

MyCIEDS berfungsi sebagai pengantaraan pemudahcara ke atas penghantaran dokumen sokongan di antara pegawai JKDM dan syarikat Ejen Penghantaran/ Direct User bagi setiap Borang Kastam yang telah diikrar melalui Sistem Maklumat Kastam (SMK).

Golongan yang WAJIB melakukan pendaftaran SDSIE adalah syarikat Ejen Penghantaran/ Direct User sahaja. Hanya status PENGARAH SYARIKAT SAHAJA yang boleh berdaftar SDSIE dan nama pengarah yang berkenaan mestilah sepadan dengan data SMK dan disahkan pendaftarannya oleh Unit Kawalan Ejen (UKE) Jabatan Kastam Diraja Malaysia sebagai pentadbir akaun sesebuah syarikat.

Direct User (DU) merupakan satu kelulusan di bawah Seksyen 90(7) Akta Kastam 1967 dan memiliki kod sebagai DU yang diberikan kepada PENGIMPORT ATAU PENGEKSPORT dimana menggunakan pekerjanya sendiri untuk berurusan dengan pihak Kastam bagi tujuan pelepasan dagangan kepunyaan syarikat sendiri tanpa menggunakan perkhidmatan Ejen Penghantaran.

Tiada dokumen fizikal diperlukan ketika permohonan pendaftaran syarikat. Walaubagaimanapun, sekiranya status permohonan MyCIEDS ditolak atas sebab nama pengarah tidak sepadan dengan data SMK, syarikat dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) -Corporate Info yang terkini kepada UKE.

The group REQUIRED to register with MyCIEDS is limited to Shipping Agent/Direct User companies only. Only the COMPANY DIRECTOR can register for MyCIEDS, and the director’s name must match the SMK data and be verified by the Agent Control Unit (UKE) of the Royal Malaysian Customs Department, as the account administrator.sesebuah syarikat.sesebuah syarikat.

A Direct User (DU) is an approval under Section 90(7) of the Customs Act 1967 and is assigned a DU code given to IMPORTERS OR EXPORTERS who use their own employees to deal with Customs for the clearance of their company’s goods without using the services of a Shipping Agent.

Tempoh proses kelulusan permohonan MyCIEDS adalah 24 JAM dari masa penerimaan pendaftaran lengkap dimana nama pengarah MESTI sepadan dengan data SMK. Permohonan yang DITOLAK akan dimaklumkan kepada pengarah syarikat melalui e-mel yang dikemukakan semasa pendaftaran.

Tiada dokumen fizikal diperlukan ketika permohonan pendaftaran syarikat. Walaubagaimanapun, sekiranya status permohonan MyCIEDS ditolak atas sebab nama pengarah tidak sepadan dengan data SMK, syarikat dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) -Corporate Info yang terkini kepada UKE.

JKDM akan menentukan kesahihan pendaftaran syarikat melalui nombor telefon syarikat yang berdaftar di UKE. JKDM akan melakukan verifikasi ke premis syarikat yang berdaftar MyCIEDS secara berkala bagi pengesahan pendaftaran dan premis syarikat.

Setelah kelulusan diperolehi, pengarah syarikat perlu menambah kakitangan syarikat yang akan dipertanggungjawabkan untuk memuatnaik dokumen sokongan bagi tujuan taksiran import eksport.

Tiada had ke atas jumlah kakitangan yang ingin ditambah di dalam MyCIEDS bagi tujuan melancarkan proses penghantaran dokumen sokongan. Pentadbir syarikat perlu memastikan maklumat kakitangan berkenaan adalah sama dengan data SMK di UKE ke atas kakitangan syarikat yang berurusan dengan Kastam.

Syarikat melalui kakitangan berdaftar hanya boleh memuat naik dokumen sokongan melalui MyCIEDS setelah menjana nombor Borang Kastam melalui sistem Dagang Net.

Dokumen yang perlu dimuat naik merangkumi invois , Packing List, Bill Of Lading (BL) , salinan berwarna Sijil Tempat Asal bagi taksiran melibatkan pengecualian Free Trade Agreement (FTA) ,permit/ kelulusan dari agensi berkaitan (jika ada) , bukti pembayaran, insuran dan lain- lain dokumen yang dirasakan perlu.

Boleh. Status taksiran terkini boleh disemak pada bila- bila masa melalui MyCIEDS.
Sekiranya terdapat kuiri daripada pegawai JKDM, syarikat akan menerima notifikasi menerusi e-mel yang berdaftar dengan MyCIEDS. Syarikat boleh memberikan maklumbalas terus melalui MyCIEDS, dan memuat naik dokumen sokongan tambahan jika diperlukan oleh pegawai JKDM. Walau bagaimanapun, ejen/wakil syarikat dikehendaki hadir secara fizikal ke pejabat JKDM Pelabuhan Klang bagi isu- isu yang melibatkan Bahagian/ Cawangan lain.
Tidak perlu. Sebarang pembatalan dokumen sokongan yang telah dimuat naik melalui MyCIEDS boleh dilakukan secara terus melalui akaun pentadbir syarikat. Syarikat adalah dimohon untuk memuat naik semula dokumen sokongan yang baru setelah pembatalan.
Boleh. Tetapi syarikat disarankan untuk memuat naik dokumen sokongan tersebut hanya setelah kelulusan OGA terlibat diperolehi bagi melancarkan proses taksiran.
Tidak perlu. Setelah selesai pemeriksaan fizikal, kakitangan syarikat boleh terus memuat naik gambar pemeriksaan melalui MyCIEDS bagi taksiran dan kelulusan Borang Kastam.
Wakil syarikat boleh ke Unit Juruwang, Wisma Kastam Pelabuhan Barat yang beroperasi 24 jam bagi bayaran secara tunai. Syarikat juga boleh memilih untuk membuat pembayaran terus di pejabat masing- masing secara Electronic Fund Transfer (EFT) bagi pembayaran yang lebih mudah tanpa perlu hadir ke pejabat Kastam, atau mana- mana Unit Juruwang Pejabat Kastam yang berhampiran premis pejabat syarikat.
Pentadbir syarikat boleh melakukan set semula kata laluan bagi kakitangan berdaftar syarikat yang lupa kata laluan melalui fungsi Pengurusan Kakitangan di MyCIEDS, manakala bagi situasi lupa kata laluan bagi pentadbir syarikat, perlu dimohon melalui fungsi Lupa Kata Laluan di MyCIEDS. Pengesahan akan dilakukan oleh UKE sebelum kata laluan baru dijana untuk pentadbir syarikat.
Buat masa sekarang, sebarang permohonan pembetulan/ tukar stesen/ klasifikasi/penilaian/ batal borang melalui SMK masih perlu dilakukan secara fizikal. Namun pihak JKDM akan sentiasa komited kearah penambahbaikan MyCIEDS pada masa akan datang bagi memberi fasilitasi yang lebih mampan kepada pelanggan Jabatan.
Boleh. MyCIEDS beroperasi selama 24 jam, 7 hari seminggu.
Syarikat boleh menghubungi talian Hotline 24 jam di talian 03-31693600 ext 1400 bagi sebarang pertanyaan berkaitan prosedur perkastaman, atau salurkan pertanyaan anda melalui e-mel adminsdsie@customs.gov.my. Sebarang aduan mengenai isu teknikal berkaitan MyCIEDS boleh disalurkan melalui pautan Aduan Sistem di paparan log masuk laman web MyCIEDS.